Bunk Barber adalah syarikat milik sepenuhnya oleh golongan belia Pendang, Kedah, yang ditubuhkan untuk mendominasi pasaran perkhidmatan gunting rambut di Pendang dan akan merentasi pasaran di seluruh Malaysia. Bunk Barber bermula pada 27 Jun 2016, dan pada mulanya, ia hanya bermula pada pertengahan 2016 di bandar Pendang, dengan pembukaan khemah di tapak EXPO di pekan Pendang.
Terdapat pasang surut dalam perkongsian sebanyak tiga kali, dan kini ia dimiliki sepenuhnya pada tahun 2022. Bunk Barber akan meneruskan usaha untuk mencapai sesuatu yang tidak dijangka menjelang 2030 dan memperluaskan lagi perkhidmatan ke seluruh Malaysia.
Matlamat utama Bunk Barbershop ini adalah untuk memastikan pelanggan merasa dihargai dan dapat mengukir senyuman di wajah pelanggan. Selain itu, memastikan Bunk Barbershop berkembang luas di seluruh Negeri Kedah dan Utara.
"Visi kami Meningkatkan kepuasan pelanggan dengan perkhidmatan yang lebih cepat dan responsif dan menjadi pusat gunting dan penggayaan rambut yang terunggul di Malaysia".
Meluaskan perkhidmatan Bunk Barbershop keseluruh utara menjelang 2030.
Memastikan Bunk Barbershop akan membuka BUNK ACADEMY.
Menjadi Jenama terunggul di Malaysia.